Archive for January, 2006

11th Post ( Mainan Perasaanku )

Thursday, January 26th, 2006

Mengapa dirimu begitu comel padaku?
Mengapa aku begitu tertarik padamu?
Adakah kerana kemanisan raut wajahmu?
Atau mungkin kerana kemerduan suaraumu?
Atau mungkinkah kerana kebaikan serta keelokan tingkah lakumu?
Atau mungkin hanya kerana aku kesepian sekarang…yang memerlukan teman utk dikongsi isi hatiku ini?
Atau mungkin ianya hanyalah layanan kepada hawa nafsu mudaku yang sedang membuak2 ini?

Mengapakah ini semua terjadi??
Siapakah yang ingin aku persalahkan?
Adakah ianya salah diriku sendiri??
Ahhhhhhhh….entahlah…
apa yang pasti…aku semakin tewas dengan permainan perasaan ku ini.
Aku semakin tewas dengan dorongan hawa nafsu.
Aku semakin tertipu dengan tipuan dunia ini!!!

Benarlah pesan seorang syeikh padaku satu ketika dulu….
"Kalau ko letakkan kebesaran ALLAH dalam hatimu,
maka kebesaran dunia akan keluar dan kecintaan kepada ALLAH akan dirasai.
Sebaliknya kalau ko letakkan kebesaran  dunia/makhluk dalam  hatimu,
nescaya sedikit demi sedikit kebesaran dan kecintaan ALLAH akan lenyap dari hatimu."

Sampai satu tahap…
ko tidak akan merasakan apa2 dosa sekalipun ko buat maksiat dan derhaka pada ALLAH.
Pada tahap ini…hatimu sudah hampir tertutup,kotor dan berpenyakit.
Tentu sekali ianya akan menjadi amat sukar untuk dicuci dan diubati!!

Habis sekarang…..???
Pada peringkat manakah keadaan hatimu????
Sesungguhnya hanya ko dan ALLAH robbul jalil saja yang terlebih mengetahui keadaan hatimu.

Moga Allah ampunkan dosa2ku.

21.55 / 26 Jan 2006

10th Post ( Makanan )

Wednesday, January 25th, 2006

kata seorang ustaz kat radio ikim pagi tadi…

manusia dijadikan dari 2 unsur.

1- air mani…yg dibentuk menjadi segumpal darah dan seterusnya menjadi baby.

2- roh…ditiupkan roh itu ke dalam tubuh manusia sebagaimana yg diterangkan dlm surah as-sajadah.

adapun bagi kedua2 unsur ini perlu dijaga dan dipelihara dengan baik.

bagi kedua2 unsur ini ada makanannya masing2.

1- makanan utk unsur yg pertama itu ialah makanan yg biasa kita makan…spt nasi,buah2an,sayur-sayuran dsb

2- makanan utk unsur yg  ke2 yg terbaik ialah solat…quran/zikir2/menuntut ilmu juga adalah makanan utk ruh…

manusia tersangat mengambil berat ttg makanan utk unsur yg pertama…sedangkan makanan yg ini telah pun dijanjikan/ditetapkan oleh ALLAH kepada manusia….sepatutnya manusia tak perlu risau.

hari ini terlalu ramai manusia yg mengabaikan atau pun terlupe untuk memberi makanan pada unsur yg ke2…

cuba kita check balik…

ari ini berapa banyakkan makanan yg telah kita telan utk makanan unsur pertama?

tp bagaimana pula dengan makanan ruh kita? sudah diberi makan secukupnya?

tepuk dada…tanyalah iman.

07:25 / 26 Jan 2006

9th Post ( Masa Rajin Vs Masa Malas )

Tuesday, January 24th, 2006

Setiap orang ada masa rajin dan ada masa malas nya.
Kalau masa rajinnya lebih panjang dari masa malasnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang berjaya.
Jika sekiranya masa malasnya lebih banyak dari masa rajinnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang selalu gagal.
Setiap orang memang tahu mana satu masa yang lebih panjang dalam hidup nya sehari-hari.
Kalau dia sedar yang masa rajinnya lebih panjang, maka sepatutnya dia gunakan masa rajinnya itu dengan sebaik mungkin.
Kalau dia rasa masa malasnya yang terlebih panjang, maka sepatutnya dia kena berusaha untuk memendekkan masa malasnya itu.
Sebenarnya rahsia antara orang berjaya dengan orang gagal ialah terletak pada perbezaan 2 jenis masa ini.
Bagi diriku….
dahulunya masa rajinku memang lebih panjang dari masa malasku.
Oleh sebab itu, aku dulu berada dalam golongan orang2 yang berjaya.
Malah termasuk dalam kategori orang2 yang cemerlang.
Namun itu dulu la kan.
Kini aku sedar yang masa malasku telah melebihi masa rajinku.
Akibatnya kini aku berada dalam kelompok orang2 yang di bahagian bawah.
Sungguhpun aku masih dapat mempertahankan kedudukanku pada tahap yang berpatutan,
namun, aku rasakan yang keadaan 2 jenis masaku ini semakin lama semakin jaun perbezaannya.
Masa malasku dari hari ke hari semakin bertambah.
Masa rajinku pula yang sememangnya telah menyusut menjadi lebih parah.
Aku tidak menggunakan masa rajinku dengan sebaik mungkin.
Masa rajinku yang aku ada tu aku gunakan dengan melakukan perkara2 yang kurang berfaedah.
Aku lebih banyak menumpukan kepada benda2 yang melalaikan saja.
Walaupun ianya amat menyeronokkan,
namun aku ada "priority" yang lebih utama.
Mengapa aku tidak gunakan masa rajinku untuk settle kan benda yang lebih "priority"?
Kalau aku selidik balik diriku, sebenarnya aku takde masalah besar.
Kesilapan aku kini hanyalah aku tak dapat kontrol penggunaan masa rajinku itu.
Kalaulah sekiranya aku dapat kontrol ia, InsyaAllah pastinya keadaanku akan menjadi lebih baik.
Aku tidak ada "stress",
aku tidak ada risau,
aku boleh hidup dengan hati yang terbuka,
dan semua orang respect padaku.

So apa tunggu lagi?
Mulakan perubahan sekarang.
Lakukan Islah diri.
Buatlah pengorban.
Baiki hubungan dengan tuhan.
Tinggalkan semua tabiat buruk.
Minta ampun dengan tuhan.
Minta bantuan dari Nya.
Bertaubatlah.
Semoga Allah bagi kekuatan pada diriku untuk Islah diri.

23.20 / 24 Jan 2006

8th Post ( Masa )

Tuesday, January 24th, 2006

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Oleh itu gunakan masamu dengan sebaik mungkin.
Setiap saat yang berlalu pasti tak akan berulang lagi.
Kalau ianya terlepas dengan benda2 yang berfaedah, maka beruntunglah dirimu.
Jika masa itu berlalu tanpa apa2 yang bermanfaat, maka rugilah dirimu.
Masa sangat berharga.
Manfaatkan ianya semaksima mungkin.
Kalau nak rilex, rilex lah betul2.
Kalau nak borak, borak lah habis-habisan.
Kalau nak bekerja, kerja lah dengan sehabis baik.
Enjoy lah setiap saat masa yang dikurniakan kepadamu.
Manfaatkan ia sebaik mungkin.

Bila berjaya kawal masa dan buat perancangan masa, terasa akan kepuasan hidup.
Terasa diri ini begitu bermakna.
Terasa diri ini berpotensi untukjadi orang yang sangat berguna.
Segala apa yang diatur, yang dirancang,
dapat dilaksana.
Hati akan berasa puas dan rasa berjaya.
Dapat kawal masa ;

1- Dapat selesaikan semua perkara yang patut diselesaikan.
Terasa yakin yang diri ini mempunyai kekuatan/kebolehan untuk melakukan apa saja.

2-Dapat rasakan yang dirinya itu punyai kelebihan daripada orang lain.
Kalau orang lain selalu gagal kawal masa , tetapi dia berjaya pula mengawalnya.

21.06 / 24 Jan 2006

7th Post (Inilah Ikrar ku)

Monday, January 23rd, 2006

"WHEN I GET A LITTLE MONEY, I BUY BOOKS…
                                   AND IF THERE IS ANY LEFT OVER, I BUY FOOD"


"IN WHATEVER I DO…
                   I WILL BE A STUDENT NOT MERELY A FOLLOWER"

—————-Inilah ikrar ku tahun ini.

6th Post (Allah Jalal Shanhu)

Monday, January 23rd, 2006

Ayat ni aku dapat dari Syeikh Basaruddin masa aku kat jepun dulu.

Masih aku ingat kata2 beliau yang sungguh memberikan kesan kepada hatiku.

(diterima sekitar jam 22:39 at Room 204 tanggal 02 Dec 2002)

————————————————————————————————-

"Allah Jalal Shanhu

Sari ke saari kam biyabi he

Din Ki ander

Allah hukummani

Rasulullah SAW tarikat picchaliye

Dunia Mebi Kambiyabi he

Akhirat Mebi kambiyabi

Allah ne asman kobanaya

Allah ne zamin kobanaya

Allah ne dunya kobanaya

Akhirat kobanaya

Sabbkuch Allah ne kobanaya

Nehi dakwah, nehi deen

Nehi deen, nehi iman

Nehi iman, nehi amal

Nehi amal, nehi jannah

Nehi jannah, jahannam cali yee

Dakwah zoruri

Dakwah kemehnot bohot zoruri "

————————————————————————————————-

maksudnya ;

"Allah SWT sudah buat keputusan

Kejayaan seluruh manusia

adalah dalam agama

Taat perintah Allah

Ikut cara nabi SAW

Dunia berjaya

Akhirat berjaya

Allah SWT ciptakan langit

Allah SWT ciptakan bumi

Allah SWT ciptakan dunia, ciptakan akhirat

Semuanya Allah SWT ciptakan

Takde dakwah, takde agama

Takde agama, takde iman

Takde iman, takde amal

Takde amal, takde jannah(syurga)

Takde jannah, Jahannam(neraka) lah perginya"

————————————————————————————————-

aduh….sungguh benar kata2mu itu.

5th Post (Siapa Peduli?)

Sunday, January 22nd, 2006

Siapa mahu peduli?

Siapa mahu kesah?

Siapa mahu ambil tahu?

Siapalah dirimu…yang mahu diberi perhatian, yang mahu diambil berat, yang mahu dikasihi, yang mahu dicintai, yang mahu disukai, yang mahu dirindui…siapakah dirimu??

Siapakah gerangan orang yang mahu ambik peduli?

Siapakah orang yang mahu memahami hati?

Siapakah dia yang mahu menyelami sanubari?

Siapakah dia yang mahu mengerti emosi?

Siapakah dia?

Apa yang tidak cukupnya?

Apa yang tidak kena?

Apa yang dicarikannya?

Kesenangan? Kebahagiaan? Ketenangan?

Atau apa?

Kesempurnaan?

Mana boleh sempurna!

Setiap orang pasti ada kurangnya….pasti ada kelemahannya.

Belajarlah menerima kelemahan yang ada.

Jangan asyik dok mengkritik.

Jangan seronok berangan saja.

Belajarlah mengenal kelemahan.

Belajarlah memahami kekurangan.

Terimalah ia seadanya.

Agar segala kelemahan menjadi kebaikan.

Setiap orang ada kekuatan….pasti ada juga kelemahannya.

Siapa yang dapat faham kekurangan,

terima kelemahan dengan hati terbuka.

Maka beruntunglah dia.

Habis…apa yang hendak dirisaukan lagi?

15:20 / 23 Jan 2006

4th Post (Mentera Semangatku)

Sunday, January 22nd, 2006

‘Mentera Semangat’ ku ini telah diberikan oleh guru bahasa inggeris ku semasa di RMC dulu.

(diterima pada jam sekitar 10:50am / 31 Jan 1996)

————————————————————————————————————————

" Today is life. The only life you are sure of. Make the most of today. Get interested in something. Shake yourself awake. Develope a hobby. Let the wind of enthuthiasm sweep through you. Live today with Gusto! "

————————————————————————————————————————-

3rd Post (Rajinnya mereka)

Sunday, January 22nd, 2006

Alangkah rajinnya mereka yang rajin.

Yang malas memang tetap malas.

Tetapi yang rajin akan selalu berjaya.

Habis…kenapa aku tidak pilih rajin?

Susah ker mahu jadi rajin?

Buang saje perasaan malas tu.

Buatlah apa yang sepatutnya dibuat.

Buat dengan sepenuh hati.

Lakukan dengan semangat.

Disitu ada kejayaan.

Nanti disana timbulnya kepuasan.

Sesungguhnya semua yang berlaku adalah dalam caturan tuhan.

Jadi, apa yang perlu dirisaukan?

Nabi pesan…rebutlah 5 sebelum datangnya 5.

Belajarlah untuk jadi rajin.

Semua orang suka pada orang rajin.

Orang malas selalunya akan dibenci.

Jadi, mana satu yang mahu dipilih??

09.10 / 23 Jan 2006

2nd Post (Masa Terus Berlalu)

Sunday, January 22nd, 2006

Masa terus berlalu.
Aku masih leka.
Bukan tidak tahu.
Tapi seronok dengan begini.
Sedangkan rupanya diriku tertipu.
Lalai dan leka dengan hiburan yang sementara.
Aku lihat orang itu begitu.
Dan orang ini begini.
Hatiku terkesan dek pangaruh sekelilingku.

Mana harus kutuju?
Mana jati diriku?
Apa maksud hidupku?

Teruskanlah keseronokanmu itu jika engkau rasakan dunia ini segalanya.

09.40 / 22 Jan 2006