Archive for August, 2006

33rd Post ( Satu Peringatan untukku )

Friday, August 25th, 2006

1. Semua yang engkau buat akan dinilai. Oleh sebab itu, fikirlah dengan sebaiknya sebelum memulakan sesuatu.

2. Fikirlah dengan tenang. Buat keputusan dengan yakin. Laksanakanlah dengan penuh semangat.

3. Semua yang berlaku adalah pelajaran buat ko.

4. Jangan bercakap benda yang negatif. Selalulah fikir positif.

——————————–

25 Ogos 2006 / 5:35pm

32nd Post ( Tentang Tidur )

Thursday, August 24th, 2006

Mengapa manusia tidur?

Berapa jam seelok2nya kita tidur?

Apakah maksud tidur yang sebenarnya?

Bagaimanakah cara tidur yang sebaik2nya?

Tidur yang bagaimana yang menepati dengan syari’at Islam?

Apakah hikmah disebalik tidur?

Apakah rahsia tidur?

Mengapakah bila kita bangun dari tidur, kita akan berasa segar? kita akan bertenaga? kita tak letih? mengapa?

Berapa jam nabi SAW habiskan masa untuk tidur?

Apakah kalau kita tak tidur, kita akan jadi lemah,tak bertenaga?

Adakah petua untuk menahan daripada tidur?

Semua persoalan ini sentiasa berlegar2 dalam kepalaku.

Namun hanya beberapa persoalan saja yang bisa aku jawab.

Yang lain masih menjadi persoalan dalam benakku.

Apa2pun, yang pastinya, aku nak kurangkan masa tidurku.

Kalau boleh nak ikut sunnah nabi SAW.

Kerana…semua perbuatan nabi SAW ada rahsia/hikmah disebaliknya.

So, aku nak ikut nabi SAW la kan.

Sejak akhir2 ni, memang aku banyak tidur.

Rasa rugi sangat2 la plak.

Sedangkan aku selalu rasa, aku tak cukup masa…24 jam tak cukup.

Kalau tidur 8 jam sehari pun….kat situ jer dah habis 1/3 daripada 24jam.

Habis, kalau tidur lebih 8jam?? bukankah rugi tu!!

Orang lain biasanya tidur dalam 7 ke 8 jam…

so aku ingat nak tidur kurang daripada tu…

mungkin 5jam dah memadai kot.

kalau aku tidur 5 jam….maknanye aku ade la lebih masa 19jam.

mungkin aku boleh gunakan masa2 untuk benda2 yang lebih bermanfaat dan produktif.

wahai ALLAH, bimbinglah aku….

aku mahu ikut Rasulullah kekasihMu….bantulah aku.

—————————————-

25 Ogos 2006 / 06:45am

31st Post ( Mati )

Wednesday, August 23rd, 2006

pada 22 Ogos 2006 kira2 jam 7.30pm,aku telah dapat panggilan telefon daripada abang aku mengatakan aki(atuk) aku telah meninggal dunia.

berderau jantung dan berombak dadaku ketika itu.

perkataan ‘meninggal dunia’ dan ‘mati’ itu betul2 meng’insaf’kan diriku.

bagaimanalah dengan diriku…

bila pula giliranku?

di mana dan bagaimana pula ajal ku akan datang menjelma?

mati accident? mati dibunuh? mati sakit tua? atau bagaimana??

apakah aku sudah cukup bersedia??

apakah bekalan ku ke alam yang abadi itu telah mencukupi??

aduhai tuhanku….kekalkan hidayah kepadaku.

sesungguhnya kami akan dihidupkan semula sesudah mati.

kami akan disoal tentang amal perbuatan kami di dunia.

maka di kala itu….

apakah yang akan aku jawab dengan Mu sekiranya amal burukku melebihi amal baik ku…

ampunilah daku wahai tuhanku….kasihanilah daku.

—————————————————

24 Ogos 2006 / 7.45am

30th Post ( Ketenangan & Kebahagiaan )

Monday, August 21st, 2006

Secara umumnya,manusia dapat ketenangan dan kebahagiaan hanya apabila dia mendapat benda yang dia suka dan dia rasa berhajat padanya.

Contohnya, seorang jutawan dan hartawan, dia cinta pada pakaian dan makanan yang mahal2, maka dia tidak akan merasai ketenangan jiwa atau kesenangan hati sehinggalah dia mendapat perkara2 yang dia inginkan itu.

Tetapi, sesiapa yang lebih suka duduk atas tikar, berbaring atas lantai, memakai pakaian yang sederhana dan memakan makanan yang biasa2 saja, maka jelaslah bahawa dengan mendapatkan perkara yang dia inginkan dan sukakan itu , maka dia juga akan merasai kenikmatan kebahagiaan dan ketenangan jiwa.

Rasulullah adalah USWATUN HASANAH (sebaik2 contoh/role model). Rasulullah suka kehidupan yang WASATIAH (serba sederhana). Maka mereka yang suka akan kehidupan sederhana mengikut cara Rasulullah SAW, maka mereka pasti akan merasai kelazatan ketenangan jiwa dan mengecapi kebahagiaan tulen. Malah mereka juga akan mendapat redha dan rahmat Allah kerana mencontohi kehidupan Rasulullah.

Ingatlah…jika sekiranya kesukaan kita selalu diletakkan di dalam benda2 yang mahal, yang hanya boleh didapati oleh jutawan dan hartawan saja, maka mungkin seumur hidup kita tidak akan merasai ketenangan jiwa.

Jika itulah yang terjadi….maka alangkah malang dan rugilah kita!!!

————————————————–

22 Ogos 2006 / selepas subuh 6:45am

29th Post ( Kucing,Aku dan Rezeki )

Sunday, August 20th, 2006

Makanan kesukaan kucing ialah ikan.
Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.
Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.
Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??
Yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,
dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.
Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan dirimu…
untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?
Yaa….hendaklah dikau dekati Tuanmu….ALLAH yang maha agung.
Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.
Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.
Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.

Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu.
Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan…
Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.
Maka jika begitu… apalah gunanya????

—————————————

20 Ogos 2006 / menjelang asar 4.30pm

28th Post ( Lalai lagi leka )

Wednesday, August 16th, 2006

Aduh…
betapalah diriku ini sering dilalaikan oleh benda2 yang tidak berguna.
24 jam Allah berikan padaku….
berapa lama aku peruntukkan masa untuk mengingati dan mengagungkanNya??
kenapalah diriku begitu terpesona dan asyik dengan hiburan yang melalaikan…
dari bangun tidur sampai tidur balik….
berapa saat jer mase yang aku gunakan untuk mengingatiNya.
aduhai lalai nya diriku…
aduhai betapa alpa dan leka nya diriku…

benarlah kataMu Allah…
"Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali mereka2 yang beriman dan beramal soleh,
Mereka yang berpesan2 dengan kebaikan dan kesabaran.

ASTAGHFIRULLAH!!

—————————————

17 Ogos 2006 / 9:45am

27th Post ( Gunakan Kesempatan )

Tuesday, August 15th, 2006

Apabila kita menjumpai seseorang yang memerlukan sesuatu, dan kita memilikinya,
maka pergunakanlah kesempatan itu sebaik2nya.
Dan jika dia bersedia menerima pemberian kita,
maka berikanlah sebanyak yang kita mampu lakukan.

Dengan cara seperti itu kita sebenarnya telah membuatnya bersedia memikul ‘bekalan’ untuk kita sampai hari kiamat.
Ketahuilah, kita tidak melakukan perkara yang demikian,
kecuali hal itu sebenarnya telah membuatkan dia akan menjadi pembela yang bakal meringankan ‘beban’ kita dalam perjalanan di alam akhirat.
Sungguh, tidak ada kezaliman dan tidak ada ketidak-adilan pada hari pertemuan seluruh manusia di hari akhirat kelak.
Saat itu kita akan menerima kembali semua milik kita, bahkan dengan kadar yang jauh lebih baik dan berlipat kali ganda lagi.

——————

16 Ogos 2006 / 10:00am

26th Post ( Ada apa dengan Qualiti )

Thursday, August 10th, 2006

Setiap benda mempunyai Qualiti yang berbeza-beza.

Qualiti itulah yang membezakan taraf nilai sesuatu benda.

Benda yang berqualiti lebih dihargai, disukai dan diminati.

Barang yang berqualiti dijual dengan harga yang mahal.

Barang yang berqualiti akan tahan dipakai.

Ia tidak mudah rosak.

Cantik dipandang dan selesa digunakan.

Manakala barang yang rendah qualiti nya,

tidak akan tahan lama.

Ia mudah rosak dan warnanya mudah luntur.

Rupanya pula tidak cantik dan harganya murah.

Setiap orang yang berkemampuan akan menggunakan barang yang berqualiti.

Hanya mereka yang kurang mampu akan membeli barang yang tidak berqualiti.

Jika manusia itu sendiri sukakan barang yang berqualiti,

maka sudah tentulah Allah SWT.

Tapi Allah berlainan dengan manusia.

Manusia sukakan benda yang berqualiti.

Allah pula sukakan amal yang berkualiti.

Nah sekarang…mari kita muhasabah dan renungkan seketika….

Adakah amal yang kita buat itu berqualiti??

Adakah amal kita sudah mencapai tahap qualiti yang Allah kehendaki??

Berpuas hatikah kita dengan qualiti amalan yang kita lakukan??

Tepuk dada, tanyalah iman.

————————————

11 Ogos 2006 / 10:00am

25th Post ( Aku makhluk yang serba lemah )

Wednesday, August 9th, 2006

Langit tak selalu cerah.

Awan pula tak selalu mendung.

Selepas malam,pasti datangnya siang.

Selepas ujian,adanya nikmat.

Selepas musibah,insyaAllah turunlah rahmat.

Begitulah diri ku.

Terkadang jiwaku,emosiku,perasaanku dan ‘mood’ku merudum lesu.

Terkadang pula diriku begitu ceria,bersemangat dan penuh tenaga.

Ada masa2nya hatiku begitu riang dan gembira.

Tetapi di masa yang lain, tiba2 hatiku jadi gundah, gulana tidak menentu.

Begitu juga dengan iman.

Adakalanya rasa semangat dan ghairah untuk beribadah datang mencurah2.

Masa itu iman mencanak naik setinggi gunung.

Tak lama lepas tu, tetiba, rasa malas seperti keterpaksaan untuk ibadah pula datang menggodek jiwa.

Tatkala itu, iman jatuh merudum seperti pasaran saham yang tengah menurun.

Begitu juga dengan rezeki.

Sungguh pun ia memang ketetapan yang azali di luhummahfuzz.

Tetapi ia tetap ada pasang surutnya.

Itulah lumrah kehidupan seorang insan biasa.

Semuanya berlaku dalam percaturan dan kehendak Allah yang maha Esa.

Kita makhluk Allah atas muka bumi ini memang tak ada apa2 kuasa.

Semua yang terjadi adalah dalam genggaman dan pencaturan Allah.

Sesungguhnya MAKHLUK ITU LEMAH

dan ALLAH SAJALAH YANG MAHA BERKUASA.

Habis, kenapa mesti lagi hendak berhajat kepada makhluk??

Tidakkah itu bodoh namanye??

Yaa Allah…

Engkau saja kami sembah, dan

Engkau saja tempat kami mengadu dan mohon pertolongan.

Tetapkanlah iman kami.

Jangan Engkau bolak balikkan hati2 kami.

Kami tagih rahmat dan redha dari MU.

Amin.

———————————-

10 Ogos 2006 / 12:05pm

24th Post ( Antara Akademi Quran dan Akademi Fantasia )

Tuesday, August 8th, 2006

Sempena musim tilawah Quran peringkat antarabangsa ni…
Setiap malam aku akan ke PWTC untuk mendengar alunan2 bacaan ayat suci al-Quran daripada qari2/qariah2 dari seluruh dunia.
Selain daripada untuk menghayati bacaan Quran, dengan hadirnya aku di sana,
setidak2nya aku turut sama secara tidak langsungnya menyokong dan memeriahkan majlis2 agama yang seringkali hambar dan dipinggirkan oleh masyarakat Islam itu sendiri.
Tidakkah kita sedar….
majlis yang seumpama ini adalah syiar Islam yang perlu diberikan sokongan??
.
Terkadang…aku berasa sedih melihat bangsa seagamaku buat endah tidak endah seolah2 meng’anak tiri’kan majlis2 agama.
Lihatlah bagaimana hebatnya dan hangatnya sambutan yang diberikan apabila program2 seperti Akademi Fantasia diadakan…
Lihat pulalah bagaimana hambar,pudar,lesu,lemah dan longlainya sambutan yang diberikan kepada program seperti Akademi Quran…
Aduhai….
betapa perkara berkaitan agama itu dipinggir2kan malah diperleceh2kan….
bukan oleh orang kafir laknatullah,tetapi oleh orang Islam itu sendiri.
Aduhai…
betapa dungu dan tidak fahamnya kami terhadap kebesaran Islam ini ya Allah…
ampukan kami!!
.
Teringat ku akan kata2 seorang ustaz dalam ceramahnya….
" Kita ni especially bebudak muda remaja bangsa Melayu sekarang…
terlalu leka berhibur….
terlalu banyak dengar muzik….
terlalu asyik melayan lagu2 rock…lagu2 jiwang…
sehingga takdak masa langsung nak dengar Quran….
dengar Hadith2 nabi….
dengar lagu2 yang membentuk jiwa….
sebab tu lah anak2 muda skang hatinya keras….
degil…..takmau dengar kata…pantang ditegur…..
apabila ditegur saja, ia melenting….
ia maki hamun….pukul guna kekerasan….malah ada yang sanggup membunuh…"
mengapa ini semua boleh terjadi??
memang banyak sebabnya…..
tapi salah satu puncanya ialah…
kerana terlalu banyak berhibur…
dan banyak mendengar muzik yang melalaikan kita daripada mengingati yang maha Esa…
.
aku bukanlah anti muzik….bukan juga anti hiburan…
berhibur itu HARUS hukumnya….
tapi perlu kena caranya….
dan berpada2 lah jangan melampaui batas
Janganlah terlampau asyik dan lalai sampai dah tak ingat mati!!
ni tak….dahla Quran/Hadith kita malas nak baca….
takkan nak dengar Quran/Hadith pun kita tak mahu??!!
kalau tak baca pun…..sekurang2nya kita dapat dengar pun jadiklah…
tak gitu??
.
sebab itulah aku suka untuk ajak orang lain utk kita sama2 ubah skit paradigma tu.
aku nak ingatkan kawan2 aku utk kita sama2 beringat.
Janganlah terlalu khusyuk dan seronok berhibur,
sehingga kita terlupa MAKSUD dan TUJUAN HIDUP kita atas dunia yang menipu daya nih….
.
ustaz aku kata….siapa yang suka dengar quran/hadith….
maka Allah akan menurunkan sakinah(ketenangan) kepadanya…
dan Nur2 al-Quran akan sentiasa menyelubungi hati dan jiwanya….
sehingga hatinya akan menjadi lembut dan mudah menerima nasihat
serta cenderung untuk melakukan kebaikan.
.
Moga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayah pada kita…amin.

——————————————-

9 Ogos 2006 / 9:45am