Archive for September, 2006

36th Post ( Hancur Israel )

Sunday, September 17th, 2006

Semalam, 17 September 2006 dari jam 0900 sampai 1230 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah diadakan satu program solat hajat menghancurkan Israel anjuran Tok Guru Seni Silat ABJAD.

Aku bersama abah ku telah ambil kesempatan untuk turut sama dalam program tersebut.

Alhamdulillah, program dapat berjalan dengan lancar. Laungan ALLAHU AKBAR dan alunan ‘Nasyid Maharaja Silat ABJAD’ betul2 menggetarkan jiwa dan membakar semangat pahlawan yang sedia mengalir dalam tubuhku.

Sesungguhnya apa yang berlaku semuanya dalam percaturan dan perancangan ALLAH. Semoga diriku tergolong dalam kumpulan orang2 yang mempertahankan, memperjuangkan dan memertabatkan agama Islam.

Islam pasti gemilang kembali!

"Rodhi tubillahi robba, wabil Islamidiina, wabi Muhammadin nabiyyaw warasuula"

————————————————–

18 September 2006 / 08:00am

35th Post ( Di lemma )

Monday, September 11th, 2006

pagi tadi kira2 jam 6.45am, aku terdengar sebuah lagu yang cukup menarik perhatianku.

sebuah lagu yang menyentuh tentang keadaan wanita hari ini.

sebuah lagu yang menyeru agar semua kaum hawa untuk kembali kepada asal fitrah kejadiannya.

aduhai….amat benar bait2 lagu ini.

hayatilah dan renungi mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini wahai kaum hawa.

—————————————————————-

DI LEMMA — Hijjaz (Pelita Hidup 4)

—————————————————————

Lihatlah panorama dunia.

Wanita bagaikan hilang rasa malunya.

Maruah yang menjadi maharnya, tergadai sia bagai tiada berharga.

Di manakah budinya?

Di manakah akhlaknya?

Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya.

Santun tiada lagi.

Nafsu memimpin hati.

Kehormatan diri tidak dipeduli.

Oh wanita, mari menginsafi kepada asal fitrah kejadianmu.

Diciptakan untuk dihormati.

Sentiasa diredhai Maha Pencipta.

Kembalilah kepadaNya.

Juga pada Rasul-Nya.

Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya.

Wanita…

Kembalilah ka arah kemuliaan.

Contohi peribadi Ummul Mukminin.

Rasulullah dijadikan suami.

Tertawan kerana keluhuran pekerti.

Bukan kerana harta.

Bukan kerana nama.

Tapi kerana budi yang disanjungi.

Kembalilah…

Wanita perhiasan dunia.

Bagai kilau permata diantara kaca.

Sayang ianya makin pudar cahaya.

Hingga tiada lagi beza di antara keduanya.

——————————————————————

12 Sept 2006 / 7:15am

34th Post ( Nifsu Sya’ban )

Thursday, September 7th, 2006

Semalam ialah malam nisfu Sya’aban.

Malam pertukaran ‘buku catatan’ baru.

Aduhai Tuhanku…berapa peratus kah amalan yang diterima olehMu dalam buku catatan amalanku yang lepas itu???

Wahai Allah….terimalah amalanku yang telah lepas. Dan kekalkanlah hidayahMu ke atas ku untuk aku terus membuat banyak amalan soleh yang disukai olehMu..amin.

Wahai Allah….Ramadhan yang dinanti2kan telah hampir tiba. Panjangkanlah umurku untuk aku bertemu dengan bulan ini. Berikan aku kesempatan untuk aku mengambil seberapa banyak manfaat dan berkat daripada bulan yang sangat mulia itu..amin.

Aduhai Tuhanku…rindunya aku pada Ramadhan. Tak sabar sekali menantikan kunjungan Ramadhan kali ini.

—————————————————

8 Ogos 2006 / 7:30am