40th Post ( Selamat Tinggal Ramadhan )
Tuesday, October 31st, 2006Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa…
Di hari raya ini, mari kita koreksi diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya??
Ketahuilah hari raya hanya untuk orang-orang yang bertaqwa!!
Selain mereka, tidak layak untuk merayakan hari raya…
Mari kita renung kembali segala amalan kita di bulan Ramadhan
Adakah meningkat dari sebelumnya??
Bertambah baik kah amalan kita dari masa ke semasa??
Sesuai dengan meningkatnya umur kita…
Mari renung pula bagaimana nasib kita
Apakah kita akan mati dalam husnul khaatimah??
Kerana nafsu itu mendorong kejahatan
syaitan pula sentiasa melalaikan kita…
Ingatlah…
Hari raya bukan untuk kita bersuka ria
Ia hari bersyukur untuk menggembirakan yang tak punya apa2
Memberi bantuan kepada mereka yang tidak berada dan tidak berdaya
Maaf bermaafanlah kita sesama kita
Bertimbang rasa lah kita sesama manusia
Bersimpatilah kita dengan mereka yang susah…
Berkasih sayang lah kita
Kerana ia sangat diperintahkan
bahkan ia sesuai dengan fitrah manusia.
So….???
——————————————————————
1 NOV 2006 / 13:44