39th Post ( Malam Seribu Bulan )
Ramadhan kini hanya tinggal beberapa hari saja lagi
aduhai begitu pantasnya masa berlalu
Rasulullah SAW kata malam seribu bulan akan datang dalam malam ganjil di sepuluh akhir Ramadhan…
adakah ianya sudah terlepas?
aduh alangkah ruginya kalau ianya datang sedangkan aku lena dibuai mimpi
alangkah ruginya kalau ianya terlepas begitu saja
ada sorang kawanku kata…ianya dah datang
pada malam Isnin malam ke-23 Ramadhan yang lepas
ada pulak TOK GURU kepada salah seorang abangku kata
ianya mungkin akan datang pada malam Jumaat malam ke-27 Ramadhan
hakikatnya….siapapun tidak pasti…
yang pasti…aku mesti ambil peluang untuk merebut malam seribu bulan ini
yang pastinya…aku tak mahu jadi rugi
yang pastinya…sementara masih ada saki baki Ramadhan ini
maka aku akan ALL-OUT untuk rebut seberapa banyak ‘hadiah’ yang ALLAH kurniakan kepada ummat MUHAMMAD SAW ini
aduhai tuhanku…
kekalkan taufik hidayah kekuatan padaku untuk aku beribadah kepadaMU
aku tagih keampunan dan rahmat daripada MU
berikanlah aku peluang untuk bertemu dengan LAILATUL QADR yang dijanjikan
amin yaaa robbal ‘aalamin
———————————————
18 Oct 2006 / 07:26